ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ

Assalamualaikum .. long time tak bukak rindu pulak nak bertinta. Almaklum sibuklah katakan.. Hehehe :3
BTW, rasanya tak terlambat lagikut nak ucap selamat tahun baru kat korang semua. Cik G harap tahun nii akan bawa perkara yang baik dalam hidup korang semua.
Actually lama dah Cik G nak tulis entry berkaitan my uni life tapi macam takde mood. Lepas tu majai dengan pelajaran lagi. But today rasa macam nak tulis menulis pulak ....
OK dah bertukar tahun dan bertambah usia. Since form 4 Cik G berblog ni so mestilah korang boleh predict kan?!
yes Cik G diterima masuk ke UUM. Pelik kan sebab dari kecik membesar melihat arus pembangunan UUM tetiba ada rezeki sambung belajar dekat sini pulak. Ya Allah first dapat tawaran bersyukur gila. sebab ni harapan mak nak suruh study dekat dengan rumah.
so basically Asasi UUM ni baru lagi. PAPPUM ( nama glamour ) ditubuhkan pada 2014 dengan harapan dapat menjadi penyumbang pelajar kepada course2 elit macam BPLB ( Bachelor of Phloshophy and Business ), Accounting dan banyak lagi. Memang kira ok lah program ni.
Bila korang isi UPU nanti tengok betul2 tau ada je ASASI UUM. Tapi kena cari betul2 jeee. DAN PASTIKAN KALAU KORANG BETUL2 NAK MASUK ASASI PENGURUSAN UUM JADIKAN DIA PILIHAN PERTAMA DAN KODNYA ADALAH U0228.
Asasi Pengurusan UUM ada 3 sem .. dekat bawah Cik G senaraikan jenis course yang korang akan belajar sepanjang 3 sem tuhh..
First Semester;
- The Basic
Principle of Islam
-
Introduction to Nation Building
- English for
Basic Conversation
-
Introduction to ICT
- Financial
Accounting
- Introduction
to Business
- Fundamental
of Mathematics 1
Second Semester;
- Basic
Economics
-
Introduction to Law
-
Introduction to Philosophy
- Management
Accounting
- English for
conversation
- Introduction
to Computer Application
- Fundamental
of Mathematics 2
Third Semester;
- Critical
Thinking
- Philosophy
of Knowledge
- English
Advanced Learners
- Community
Development 1
Tulah yang korang akan belajar. Memang berat sikit. Especially Cik G nak tekankan korang mesti kuat Addmath. Sebab fundamental of Mathematics 1 tu macam addmath and yang ke-2 tu statistik. Tapi banyak kira2. Accounting tu sama jeee macam yang korang belajar kat sekolah menengah.
Macam Cik G ni pointer memang hancus sebab FOM1/2 dan Accounting. Dan untuk makluman semua semua subjek tu diajar dalam BAHASA INGGERIS @ ENGLISH. SO MOHON MASTERKAN ENGLISH YEEEE ><
SISTEM SEMESTER
Program Asasi Pengurusan UUM menggunakan sistem dua (2) semester biasa dan satu (1) semester pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut:
| SEMESTER BIASA | SEMESTER PENDEK |
| KULIAH : 14 MINGGU | KULIAH : 7 MINGGU |
| ULANGKAJI : 1 MINGGU | ULANGKAJI : 1 MINGGU |
| PEPERIKSAAN : 2 MINGGU | PEPERIKSAAN : 1 MINGGU |
Alaaa kalau korang pergi JOm Masuk - U tu korang mesti akan dapat punyeee flyer UUM. Dekat bawah ni Cik G sediakan syarat2 kemasukkan yaaa..
SYARAT KEMASUKAN
a) Warganegara Malaysia dan Antarabangsa
b) Mempunyai kelayakan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu
ii. Empat (4) mata pelajaran berikut:
| Mathematics | Landskap dan Nurseri |
| Additional Mathematics | Sains Pertanian |
| Sejarah | Reka Cipta |
| Geografi | Seni Reka Tanda |
| Science | Hiasan Dalaman Asas |
| Additional Science | Pendidikan Seni Visual |
| Physics | Information and Communication Technology |
| Chemistry | English for Science & Technology |
| Biology | Grafik Berkomputer |
| Prinsip Perakaunan | Pendidikan Islam |
| Pengajian Keusahawanan | Bahasa Arab |
| Ekonomi Asas | Tasawwur Islam |
| Perdagangan | Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah |
| Lukisan Kejuruteraan | Pendidikan Syari’ah Islamiah |
| Pendidikan Moral | Kesusasteraan Melayu |
| Literature in English |
DAN
Lulus Temuduga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab temuduga tu dia akan bagi tarikh dan korang sediakanlah segala mak nenek yang korang rasa perlu. Macam sijil2 apa semua.
soalan temuduga macam mana yeee? Ok dia ada 2 bahagian. First dia tanya kau soalan basic pasal diri kau, mak ayah kau, kat mana sekolah, asal negeri mana. Kenapa kau pilih UUM.
Part 2 dia akan tanya kau pencapaian kau di sekolah, apa position kau pegang dan penting sekali course apa yang kau nak sambung bila degree. Dekat bawah Cik G selitkan gambar senarai course apa korang boleh ambik bila sambung degree nanti..

P/S : make sure korang tau isu2 semasa. Jangan bila dia tanya korang jadi tak tahu punca. Aku tak pasti panel penemuduga korang sapa, tapi waktu aku interview dulu aku kena dengan Prof Munif. Fuhh soalan dia aku bagi thumbs up. Memang padu. Tapi tak payah takutlah kalau korang betul2 yakin nak masuk UUM in shaa Allah dia akan pilih korang. Doa banyak-banyak.
Macam yang Cik G cakap doa banyak2 mintak petunjuk dekat ALLAH. Hmm oklah banyak pulak Cik G berceloteh. Esok pulak yeee Cik G sambung part 2.
so that the endlah ya,. penat dah menulis nii.
-wassalam-
-wassalam-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan